PAGES

PIAGAM PELANGGAN

** MEWUJUDKAN PERSEKITARAN SEKOLAH SELAMAT, CERIA SERTA MENINGKATKAN PRASARANA SEKOLAH YANG LEBIH KONDUSIF**

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH

Kami Warga Sekolah Kebangsaan Sungai Salleh Dengan Penuh Tekad Dan Iltizam Berikrar Serta Berjanji Akan Menumpukan Tenaga Dan Usaha Kami Untuk :

·       Memastikan semua kanak-kanak mengikut umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama persekolahan baru dimulakan.
·       Memastikan semua murid menerima pendidikan yang berkualiti berasaskan kurikulum yang ditetapkan oleh PPD/JPNK/KPM.
·       Memastikan segala keperluan asas untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah disediakan dengan lengkap.
·       Memastikan semua murid dapat menguasai kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul serta Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi (KBAT) selaras dengan Transformasi Pendidikan.
·       Memastikan urusan peperiksaan dan pentaksiran dilaksanakan dengan cekap, adil, telus, Amanah dan sah.
·       Memastikan semua murid terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum dan sukan dalam usaha memperkembangkan potensi secara seimbang selaras dengan FPK dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
·       Memastikan keselamatan murid sepanjang waktu persekolahan.
·       Memastikan penerapan nilai-nilai murni selaras dengan kehendak Rukun Negara.
·       Memastikan bayaran bil dan invois yang lengkap dibuat tidak melebihi 14 hari dari tarikh Penerima.
·       Memastikan segala aduan kepada dan mengenai sekolah diberi jawapan dalam tempoh 1 minggu dari tarikh penerimaan.
·       Memastikan segala surat dan rayuan kepada dan mengenai sekolah diberi jawapan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penerimaan.
·       Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, teguran dan cadangan yang membina dari semua pihak demi mempertimbangkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.
·       Sentiasa berusaha meningkatkan profesionalisma keguruan di kalangan staf dalam berbagai program terancang.

·       Sentiasa menjaga kebajikan dan kepentingan serta keharmonian antara warga sekolah.



No comments:

Post a Comment

PILIHAN SURAH MINGGU INI