Sejarah
Sekolah SK Sg Salleh
Sekolah
Kebangsaan Sungai Salleh mula dibina pada tahun 1949. Dulunya ia dikenali
sebagai SK Batu Lintang Estet. Ini adalah kerana ia terletak didalam ladang
Batu Lintang. Sehingga tahun 1966 sekolah ini hanya mengambil murid sehingga
darjah 4 sahaja. Selepas darjah empat semua pelajar akan menyambung pelajaran
mereka di Sekolah Kebangsaan Melayu Serdang. Pada tahun 1967, Lembaga pengurus
sekolah telah mengambil inisiatif untuk membuat permohonan bagi mendapatkan
bangunan baru. Mengikut surat rayuannya P.P.K. 02249(76), permohonan itu telah
di terima pada November 1967.
Pembinaanya
bermula dalam Rancangan Malaysia pertama 1966-1970. Bangunan sekolah baru
dibina diatas tanah seluas 3.5 ekar. Terletak di tebing Sungai Salleh, satu km
dari tempat tapak sekolah asal. Pembinaanya siap dan mula digunakan pada 25
Ogos 1968. Bangunan utamanya mengandungi 4 bilik darjah, sebuah pejabat dan
sebuah kantin. Pada Ogos 1974, Sekolah Rendah Batu Lintang Estet digantikan
dengan nama SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SALLEH. Oleh kerana pelajar semakin
bertambah, Lembaga Pengurus sekolah dan orang kampung telah bergotong-royong
membina bangunan tambahan seluas 30 x 20 kaki. Pada tahun 1982, sebuah bangunan
dua tingkat telah dibina bagi menampung kemasukan pelajar yang semakin
meningkat.
Bangunan itu
mengandungi bilik pejabat, 4 bilik darjah, sebuah bilik perpustakaan, tandas
dan sebuah setor. Sekolah Kebangsaan Sungai Salleh mula dibina pada tahun 1949.
Dulunya ia dikenali sebagai SK Batu Lintang Estet. Ini adalah kerana ia
terletak didalam ladang Batu Lintang. Sehingga tahun 1966 sekolah ini hanya
mengambil murid sehingga darjah 4 sahaja. Selepas darjah empat semua pelajar
akan menyambung pelajaran mereka di Sekolah Kebangsaan Melayu Serdang.
Pada tahun 2003 sebuah bangunan 4 tingkat siap
dibina. Bangunan ini mengandungi segala kemudahan asas yang terkini.
No comments:
Post a Comment